Permasalahan Hadis Samada Benar atau Palsu

Aku ada 1 persoalan tentang 1 hadis nie.. Aku pada mulanya memang yakin yang hadis ni dari Rasullullah saw.. Tapi sekarang,, ramai pulak yang kata hadis palsu.. Sampaikan aku dah naik resah,, berfikir setiap masa,, sebelum tidor (seb baik x mimpi),, time makan,, aku sentiasa berfikir..

Tersebutlah hadis yang berkata :-

Bulan Rejab Bulan Allah.....
Bulan Syaaban Bulan Nabi...
Bulan Ramadhan Bulan Ummat....

Ini je persoalan aku..Aku cuba mencari jawapan,, aku bertanya pada beberapa orang pakar,, ustaz, ustazah,, dan x lupa juga,, google,, msn,, dan segala bentuk search engine.. Ada yang kata hadis palsu,, ada yang kata hadis sahih,, ade yang kata orang buat supaya orang lain rajin mengerjakan ibadat...

Dulu aku meyakini hadis ni,, bila tiba bulan rejab,, aku solat malam,, baca 'astagfirullah'... Bila bulan Syaaban,, aku perbanyak selawat ke atas nabi,, sampai beribu kali setiap hari dan malam sebelum  tidor.. Apabila Bulan Ramadan,, banyak aku baca al-quran..

Persoalan aku ni timbul selepas beberapa minggu lepas,, aku nak suruh kesayangan aku banyakkan puasa di bulan Rejab,, then,, bila dia search google,, dia cakap kat aku permasalahan nie,, tu yang aku sendiri cuba untuk setlekan masalah nie..

Orang pertama yang menjawab persoalan aku,, dia kata "PALSU".. Kisahnya bermula di masa orang islam masing2 lalai mengerjakan ibadat,, maka,, para ulama membuat hadis ni dan dengan yakin mengatakan hadis ini dari Rasullullah... Padahal diorang buat sendiri.. Jadilah ia sebagai penyebaran hadis palsu..

Orang kedua yang jawab persoalan aku pula kata,, "HADIS BENAR TETAPI LEMAH".. Kisahnya pulak tentang orang yang membawa hadis tersebut x lama idup.. @ pun orang yang dikuatiri bukan dari golongan sahabat nabi..

Ada lagi persoalan,, tapi aku dah kene buat kerja daaaa.... potong stim tol.. blah dlu..

Catat Ulasan

0 Ulasan