Cara Mudah Menternak Ayam Kampung Ori

Posted By: Hairilnua - 4:18:00 PM
Ayam kampung ialah spesis ayam yang asalnya hidup liar seperti ayam hutan, kemudiaannya dipelihara dan dijinakkan. Ada pendapat mengatakan ayam kampung asalnya ialah ayam hutan. Dalam istilah Inggeris, ia dipanggil “free-range-chicken” kerana corak kehidupannya yang hidup bebas mencari makan dengan sendiri.

 
Pada masa sekarang, ayam kampung semakin mendapat perhatian dek kerana dagingnya yang sedap dan berkhasiat. Ramai penternak semakin ramai mengusahakan ayam kampung secara komersil. Ada untuk tujuan bekalan daging, telur dan benih ayam.

 
Ayam kampung ori mudah dipelihara jika kena pada caranya. Cuma pantangnya ialah:
  • Jangan mengurung ayam 24 jam
  • Jangan bergantung kepada dedak komersil sahaja
Jika anda melakukan dua perkara di atas, anda mungkin akan bankrap lebih awal kerana duit anda habis untuk membeli makanan kepada ayam selama 6 bulan sedangkan ayam belum dijual. Kalau jual pun, untung tak seberapa kerana kos makanan yang tinggi.

ayam bebas mencari makan dari sumber ciptaan Allah
 Langkah-langkah di bawah dapat membantu anda untuk menjadi penternak yang berjaya:

Pagar seluruh kawasan anda supaya ayam anda tidak menceroboh ke tanah jiran dan untuk mengelakkan ayam anda dicuri dan dibaham oleh haiwan pemangsa

Amalkan konsep lepas bebas sepenuhnya atau separa bebas supaya ayam boleh hidup dengan riang gembira tanpa tekanan dan mampu berdikari mencari makanan sendiri.

Biarkan seluruh kawasan anda ditumbuhi rumput atau fauna-fauna hijau yang menyegarkan. Jangan racun kerana tumbuh-tumbuhan ciptaan Allah itu sangat bermanfaat sebagai makanan ayam.

Sekali-sekala gembur-gemburlah tanah supaya tanah tidak menjadi keras dan ayam boleh makan cacing yang keluar dari tanah.

Rajin-rajinlah pergi mengutip sisa-sisa makanan dari kantin-kantin,restoran-restoran atau kedai-kedai makan sebagai makanan saguhati kepada ayam-ayam anda.

Pelbagaikan makanan ayam dari sumber-sumber percuma atau seperti hampas kelapa, jagung ‘reject’, sayur reject, buah-buahan reject,roti / biskut reject , batang pisang, batang rumbia dan sebagainya.

Untuk anak ayam yang baru menetas hingga berusia sebulan, boleh gunakan dedak awal (broiler starter) yang kaya dengan protien dan zat tambahan untuk mempercepat tumbesaran. Untuk menjimatkan kos, boleh campurkan dengan temukut dan seumpama dengannya.

Anak-anak yang berusia sebulan boleh dilepaskan untuk bagi chance depa cari makan sendiri. Pastikan keselamatan anak ayam terkawal

Info di copy dari : shawnagrofarm.wordpress.com

Serba Sedikit Tentang Aku

Nama aku Hairil. Tujuan aku mewujudkan blog ini adalah untuk mencari sedikit pendapatan menggunakan blogger. Aku dah berusaha sejak berumur 25 tahun dan masih belum berjaya sampai sekarang. Jadi, aku masih mencuba dan mencuba lagi sampai la berjaya. Insyaallah sedikit sebanyak dapat meringankan beban family aku.

9 Kaki Selamber:

  1. info yg baik....tq 4 sharing...

    ReplyDelete
  2. salam..sememangny tdk blh dkurung lgsg ke aym ni?

    ReplyDelete
  3. salam...
    saya berminat nak jadi penternak ayam kampung, bulih x tuan kiranya tuan menjadi mentor saya..?

    ptjay135@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. Boleh tuan jadi pengajar serta cikgu sy.....abc3160cdi@yahoo.com. ..berminat sngat

    ReplyDelete
  5. Saye menternak n menjual ayam kampung area banting/dengkil. Call 0133478363

    ReplyDelete
  6. Terima kasih atas maklumat. Nak share ilmu dan idea, sudilah layari www.aqilaqilahagrofarm.blogspot.com area simpang renggam, johor.

    ReplyDelete
  7. untuk permulaan kurung ayam selama sebulan tujuan bagi jinak adakah boleh? mohon pencerahan

    ReplyDelete
  8. Pengalaman saya tentang ayam kampung ni, tak perlulah sampai sebulan
    ayam tu dikurung utk tujuan menjinakkannya. Paling lambat 3 hari sahaja. Ia bergantung kepada keakraban anda dgn ayam tu. Maksudnya anda sentiasa mendekati ayam tersebut dengan keluarkan suara anda seolah2 anda sedang berkomunikasi dgn ayam tu. Pegang dan belai/usap belakangnya serta batang lehernya. Masukkan tapak tangan dicelah sayapnya dn geletek kawasan bidainya dan bila anda melepaskan ayam tu, jgn lepaskan begitu sahaja..anda pengang ekornya dalam keadaan lepas kemudian lepaskan perlahan2.

    ReplyDelete
  9. nice..

    just share.. ^_^ dari jenis ayam kampung, cara budidaya nya, jenis" kandangnya, penyakit dan penanggulangannya, pakat alternatif, jamu herbal, hingga resep mengolah daging ayam.. semua di rangkum disini.. bantu up ya.. jangan lupa kritik dan saran..
    http://ayamkampungasli88.blogspot.com/?view=magazine

    ReplyDelete

Note Penting !

1. Tolong jangan buat SPAM komen kat sini.
2. Guna ayat yang ada BUDI BICARA yang baik.
3. Hanya komen perkara yang BERKAITAN dengan tajuk!
4. Ada rasa tak puas hati, call terus di 019-3587327. Cas mengikut kadar Telco Anda..
~

Copyright © Selamber Jer

Owner by HairilNua